Sunday, January 23, 2011

Tadabbur alam bab 2

Semalam saya keluar lagi dari bilik 6 dinding ni. Kali ni tak pergi jauh pun pergi pun naik bas nombor 11 saja. Tahu tak bas nombor 11 tu apa? Tanya rakan bangsa Cina anda, diorang mesti tahu. OK semalam cuma berkeliling sekitar USM oh, bukan sekitar tapi seluruh kawasan USM. Dari Halaman Bukit Gambir sampai ke Durian Valley, Padang Minden. Kalau dulu saya pi mentadabbur dengan kawan, kali ni jadi lone ranger.

Semua ni untuk menghabiskan filem yang berbaki lagi 20. Satu perkara yang menarik kalau duduk di Pulau Pinang ni lebih-lebih lagi kalau kawasan tu masih ada kawasan yang ala-ala hutan simpanan kecil macam USM, saya perasan pokok-pokok kat sini lain sikit. Mungkin sebab dipengaruhi dengan cuaca pulau jadi di sini ada satu musim iaitu musim luruh yang memang betul-betul macam di luar negara. Bezanya suhu takdelah jatuh tapi panas.

Subhanallah cantik sangat. Benda ni lah yang buat saya suka belajar di USM sejak tahun satu lagi. Bunga kat sini pun cantik-cantik banyak yang saya tak pernah tengok. Lagi satu USM berjaya memberi peluang untuk saya tengok laut setiap hari tanpa gagal :) Jadi tunggu apa lagi mai la belajaq di USM!  Oversea tu! =__=" (lamest joke ever.)

Aktiviti mentadabbur selesai pada pukul 12.30tengahari. Filem pun dah habis snap 36 keping tu tapi tak boleh develop lagi sebab kedai gambar di Sg. Dua hanya boleh proses untuk C-41 saja. Saya pakai filem hitam putih jadi perlukan chemical yang istimewa sikit. Sehingga berjumpa lagi dalam bab mentadabbur yang akan datang. (Dengar cerita keretapi kabel Bukit Bendera akan kembali beroperasi pada awal Februari.)

No comments: