Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Tadabbur alam bab 2

Semalam saya keluar lagi dari bilik 6 dinding ni. Kali ni tak pergi jauh pun pergi pun naik bas nombor 11 saja. Tahu tak bas nombor 11 tu apa? Tanya rakan bangsa Cina anda, diorang mesti tahu. OK semalam cuma berkeliling sekitar USM oh, bukan sekitar tapi seluruh kawasan USM. Dari Halaman Bukit Gambir sampai ke Durian Valley, Padang Minden. Kalau dulu saya pi mentadabbur dengan kawan, kali ni jadi lone ranger.

Semua ni untuk menghabiskan filem yang berbaki lagi 20. Satu perkara yang menarik kalau duduk di Pulau Pinang ni lebih-lebih lagi kalau kawasan tu masih ada kawasan yang ala-ala hutan simpanan kecil macam USM, saya perasan pokok-pokok kat sini lain sikit. Mungkin sebab dipengaruhi dengan cuaca pulau jadi di sini ada satu musim iaitu musim luruh yang memang betul-betul macam di luar negara. Bezanya suhu takdelah jatuh tapi panas.

Subhanallah cantik sangat. Benda ni lah yang buat saya suka belajar di USM sejak tahun satu lagi. Bunga kat sini pun cantik-cantik banyak yang saya tak pernah tengok. Lagi satu USM berjaya memberi peluang untuk saya tengok laut setiap hari tanpa gagal :) Jadi tunggu apa lagi mai la belajaq di USM!  Oversea tu! =__=" (lamest joke ever.)

Aktiviti mentadabbur selesai pada pukul 12.30tengahari. Filem pun dah habis snap 36 keping tu tapi tak boleh develop lagi sebab kedai gambar di Sg. Dua hanya boleh proses untuk C-41 saja. Saya pakai filem hitam putih jadi perlukan chemical yang istimewa sikit. Sehingga berjumpa lagi dalam bab mentadabbur yang akan datang. (Dengar cerita keretapi kabel Bukit Bendera akan kembali beroperasi pada awal Februari.)

Sunday, January 9, 2011

Tadabbur alam Bab 1


 Rancang untuk pergi Taman Rama-rama dalam masa 2 hari. Alhamdulillah dipermudahkan. Dari perhentian bas Bukit Gambir naik bas Rapid Penang nombor 302 ke Jeti. Kemudian, dari Terminal Weld Quay (Jeti) naik bas 101 untuk ke Batu Feringghi. Tambang  ke sana RM2.70. Sepatutnya kena tukar bas 501 bila dah sampai area Batu Feringghi tu tapi entah kenapa pak drebar baik hati terus je bawa kami dan berhenti betul-betul depan taman rama-rama tu :) segala puji bagi Allah yang memudahkan perjalanan kami dan semoga pakcik drebar diberi rezeki melimpah ruah amiiin.

 Bayaran untuk masuk = RM20 tapi kalau korang rakyat Malaysia yang ada MyKad dapat la diskaun jadi aku cuma kena bayar RM18 sahaja. Dulu sebenarnya kena bayar RM10 dan kalau bawak kamera kena caj RM5. Mungkin sekarang semua pelawat bawak kamera jadi, nak senang kira diorang caj terus RM20. 

Dekat belakang tiket tu ada maskot taman rama-rama. Comel.











Ada 4 bilik pameran dan 1 bilik tayangan. Sebelah bilik tayangan (Bilik tema) tu ada satu tempat untuk cop kitaran hidup rama-rama jenis Raja Brook. Tak sah tak pergi sini kalau tak cop dan belajar tentang kitaran hidup rama-rama.




Aku dengan Eza mengembara ala-ala destinasi bajet, jadi nak beli cenderahati pun kena bajet la jugak. Macam album gambar kat bawah ni harganya RM14, dibuat daripada daun, ranting, dan kelonsong petai.






Ni antara fosil rama-rama yang subhanallah cantik sangat.

Yes, kepak dia 'meghelip- ghelip' bak kata oghang Perak. 



Yang kat atas ni pulak haihhhh~ rasa macam nak sujud time tu jugak tengok ciptaan Allah yang satu ni. Eza cakap macam rama-rama dalam cerita dongeng/ fairytale.

Sekian saja dari Taman Rama-rama Pulau Pinang.