Bayaran untuk masuk = RM20 tapi kalau korang rakyat Malaysia yang ada MyKad dapat la diskaun jadi aku cuma kena bayar RM18 sahaja. Dulu sebenarnya kena bayar RM10 dan kalau bawak kamera kena caj RM5. Mungkin sekarang semua pelawat bawak kamera jadi, nak senang kira diorang caj terus RM20.
Dekat belakang tiket tu ada maskot taman rama-rama. Comel.
Ada 4 bilik pameran dan 1 bilik tayangan. Sebelah bilik tayangan (Bilik tema) tu ada satu tempat untuk cop kitaran hidup rama-rama jenis Raja Brook. Tak sah tak pergi sini kalau tak cop dan belajar tentang kitaran hidup rama-rama.
Aku dengan Eza mengembara ala-ala destinasi bajet, jadi nak beli cenderahati pun kena bajet la jugak. Macam album gambar kat bawah ni harganya RM14, dibuat daripada daun, ranting, dan kelonsong petai.
Ni antara fosil rama-rama yang subhanallah cantik sangat.
Yes, kepak dia 'meghelip- ghelip' bak kata oghang Perak.
Yang kat atas ni pulak haihhhh~ rasa macam nak sujud time tu jugak tengok ciptaan Allah yang satu ni. Eza cakap macam rama-rama dalam cerita dongeng/ fairytale.
No comments:
Post a Comment