Thursday, January 13, 2011

Senyuman di wajah mike

Untuk entri kali ini izinkan saya berdialek Perak.

Teman ni bukan le piyor sangat speaking Peghak walaupun memang teman piyor oghang sini. Tadi teman jalan-jalan (blogwalking) terjumpa satu blog ni. Entah le kenape tapi jari teman ni tak boleh beghenti klik 'older post' kat blog tu. Dah macam ada besi beghani kat blog tu.

Setting blog tu pulak dekat Tambun. Kalo kome nak tau, dulu teman pernah le beghumah tangge kat sana dalam 3 tahun. Eh! jangan salah paham. Teman tak kawin lagi, yang beghumah tangga mak pak teman. Tambun tu memang pemes le kan kat peghak tapi 3 tahun duduk situ langsung tak peghasan ada tempat macam dalam blog yang teman baca ni.

Gaya penulisan penulisnya sempoi, boleh buat pembaca ghase nak senyum je manjang dan buat kite ghase bersyukur pada Allah sebab kita ni banyak lagi kelebihan berbanding orang lain. Budak-budak dalam blog tu pun tak tunjuk langsung yang diorang tu sedih, sentiasa senyum dan teman lagi la tersenyum tengok lagak bebudak tu.

OK lah tak payah le teman celoteh panjang lagi. Blog tu sebenarnye pasal hal ehwal asrama anak-anak yatim Darussalam, Tambun, Perak. Ini link blognya anakyatimtambun . Sesiapa yang rasa hidup dia membosankan, tak bertuah, bernasib malang je, mengeluh tiap masa haaa cubalah baca kisah anak-anak yatim tambun ni. Blog tu tak akan tambah garis kedut duka mike2 semua. Senyumlah sepertimana bebudak bertuah ni senyum walaupun diorang tak meghase kasih sayang dari mak pak.

Kalau mike semua nak menyumbang suara dalam bentuk kewangan boleh bank-in melalui
Bank Islam: 08013010068816  

atau kalau nak derma apa-apa ke ni nombor telefon madrasah tu 
Maahad Dar'us-Salam 05-5483558

AF. Us Suaid Din
017-56613339

Pn. Ruhayah Abdullah
019-4036907

2 comments:

eelobor said...

kongsi link yang berguna, thanx. nak pergi terjah ke sana lak....

almutarjimah said...

silakan~ moga usaha kita untuk beramal dan membantu diberkati.