Friday, January 14, 2011

Buat adik-adik kak long

Semalam akak jumpa video dalam FB bro Psikik Arm. Lagu Sudirman yang ni akak serius tak pernah dengar langsung. Tajuknya Pesan Abang tapi anggaplah perkataan 'abang' tu jadi kakak mengikut kreativiti masing-masing ok. Mesej lagu ni perghh sangat best dan melodinya pulak catchy (menangkap jiwa dan raga).

Kepada adik-adik kak long, satu je kak long nak pesan kak long tak kisah pun result periksa korang macam mana asalkan korang dah berusaha bertubi-tubi macam Goku buat masa lawan Majin Buu dulu. Rezeki bukan result PMR atau SPM tu yang tentukan, tapi Allah yang tentukan untuk kita. Result SPM kak long pun dulu hampeh jugak tapi alhamdulillah kena tendang masuk unibersiti ni jugak (walaupun dok berangan dulu nak pi Harvard). Ingat ye adik-adik kak long, mesti MENIKMATI ILMU / ENJOY KNOWLEDGE. Kalau nak jadi housebandwife pun mesti jadi orang dapur yang berilmu. Jangan kejar sangat hal dunia yang entah hape-hape tu.

Nikmatilah video ni ^___^ khas untuk akmal, uzair, muizz & jiha.








Bila adik telah berjaya,
Kak long kan turut gembira,
Tapi andai sebaliknya,
Jangan kau rasa kecewa,
Sekali adik terkandas,
Bukan untuk selamanya,
Di hati sematkan pesanan,
Ingat kak long tetap sayang…..

…allahyarham sudirman hj. Arshad

3 comments:

eelobor said...

hehehe, takkan la tak pernah dgr lagu nie. sebenarnya sangat banyak lagu arwah Datuk Sudirman yang kurang di perdengarkan kecuali bagi mereka2 yang mempunyai album penuh.

banyak lagu bersifatkan kewargenegaraan

almutarjimah said...

Saya kan "orang muda" mana le pernah dengar lagu ni. TV n radio pun tak main dah lagu ni kecuali klasik nasional :)

apisv2 said...

aku jarang dgr lagu nie.tp ttp best..nicee