Wednesday, August 25, 2010

Kenapa Wanita Menangis





Seorang budak lelaki bertanya kepada ibunya, "Kenapa ibu menangis?"

"Sebab ibu perlu menangis," jawab ibu.

"Saya tak faham," kata budak lelaki itu.

Si ibu lalu memeluk anaknya dan berkata, "Kamu tak akan pernah faham."

Kemudian budak itu bertanya pula kepada ayahnya, "Kenapa ibu selalu menangis tanpa sebab?"

"Semua perempuan menangis tanpa sebab," jawab si ayah acuh tak acuh.

Masih keliru, anak kecil itu tertanya-tanya kenapa perempuan menangis, akhirnya bertanya kepada seorang sheikh yang tua. "Dia tentu tahu jawapannya," fikir anak kecil itu. "Wahai tuan sheikh! Mengapa perempuan terlalu mudah menangis?"

Tuan sheikh itu lalu menjawab: "Apabila Allah mencipta perempuan, dia dicipta agar menjadi makhluk yang sangat istimewa. Allah menjadikan bahu perempuan kuat agar dapat menampung beban di dunia namun lembut agar dapat memberi keselesaan.

Allah beri kepadanya kekuatan dalaman agar mengatasi sakit ketika melahirkan anak dan tolakan yang datang daripada bayinya. Perempuan diberi kecekalan yang menjadikannya tetap berusaha ketika yang lain putus asa, dan menjaga ahli keluarganya walaupun sakit dan penat tanpa sebarang rungutan.

Perempuan dikurniakan sifat sensitif supaya dia menyayangi anak-anaknya walau dalam apa keadaan sekalipun, walaupun ketika anaknya menyakiti hatinya. Allah memberi perempuan kekuatan untuk menemani suaminya sepanjang ketidaksempurnaan si suami dan menjadikan perempuan  daripada tulang rusuk suaminya untuk melindungi hati suami.

Allah memberi perempuan kebijaksanaan agar dia tahu bahawa suami yang baik tidak akan menyakiti isteri mereka, namun kadangkala perempuan diuji ketahanan dan keazamannya untuk tetap berdiri di sisi suaminya tanpa teragak-agak.

Akhir sekali, Allah memberi perempuan air mata. Air mata ini merupakan miliknya dan hanya untuk dia agar dapat digunakan bila-bila masa dia perlukan. Dia(Perempuan) tidak perlukan sebab atau alasan, air mata itu milik dia."

"Sekarang adakah kamu faham anakku, kecantikan seorang perempauan itu bukan pada baju yang dipakainya, bukan pada cantik wajahnya atau pada cara dia menyikat rambutnya. Cantik seorang perempuan perlu dilihat pada matanya, kerana disitulah letak pintu kepada hatinya - tempat dimana cinta berlabuh."

Budak lelaki itu akhirnya bertemu jawapannya dan tidak pernah bertanyakan soalan yang sama lagi.

Artikel ini saya terjemah daripada blog ini(klik), semoga bermanfaat dan tiada lagi Adam-Adam yang memandang rendah pada tangis seorang perempuan. Air mata itu milik kami hadiah dari Allah agar hati kami bisa tenang mengharungi berat dugaan dunia.

9 comments:

Yorke Kun said...

gugur air mata perempuan bersama emosinya..gugur air mata lelaki bersama egonya..

*perh,aku xpercaya tu ayat aku reka!

almutarjimah said...

gila ah pengkomen pertama yang bermadah kat blog aku huhuhu tahniah!

Yorke Kun said...

trima kasih, trima kasih..oh tidak ku sangka akan dapat pengiktirafan sebegini rupa..*sebak! haha

almutarjimah said...

bie ke qi ~

ajai05 said...

airmata boleh membawa seribu pengertian dlm wanita...sedih, gembira, hiba, terharu, sakit, pedih, tawa.....namun semuanya indah dimata lelaki.

Yorke Kun said...

"Semua perempuan menangis tanpa sebab," jawab si ayah acuh tak acuh.

almutarjimah said...

ajai05: yaka? biasanya lelaki paling tak suka kalau prmpn menangis kan?

yorke kun: perangai si ayah tu reflects ko ke :)

Yorke Kun said...

tengok keadaan..haha

almutarjimah said...

kesian bini ko nanti hahaha