Monday, August 30, 2010

Quote kegemaran




Antara quote kegemaran saya:

 


Quote #2: Rasulullah mengkiaskan dunia dan akhirat seperti berikut; 

Berdirilah di tepi pantai dan celup tanganmu kedalam airnya, kemudian keluarkan dan lihat air yang menitis itu. Titisan air dari tanganmu itu diibaratkan tempoh masa kamu di dunia dan lautan yang terbentang luas di hadapanmu itu ialah akhirat.
Jelaskan? betapa bodohnya kita terlalu mengagungkan hal-hal keduniaan yang tidak berfaedah. Subuh tadi saya baca surah mukminun ayat-ayat terakhir. Sebenarnya kita cuma hidup di bumi ni selama SATU atau SETENGAH HARI SAHAJA waktu akhirat. Selama ni saya ingat 22 tahun saya hidup di dunia sudah cukup lama rupanya....

9 comments:

MAZHA said...

salam, memang benar spt kata anda tu, tq di atas n3 yg dapat mengingatkan saya yg mudah lupa...

almutarjimah said...

InsyaAllah moga kita tidak mudah lupa. Sudah 2 hari quote #2 tu bergema dalam otak saya, terpaksa saya zahirkan di blog moga bermanfaat untuk semua.

Yann said...

thanks untuk peringatan itu. :)

almutarjimah said...

All thanks goes to my Lord :)

Arif Dzulkifli said...

insaf2x..T_T

al-lavendari said...

salam. terima kasih kerana sudi jadi follower saya.

semoga kita manjadi manusia mukhlisin dalam beribadah.

Werdah said...

Salam.

Tahniah kerana N3 yang ringkas dan padat.

Allah berfirman;Maksudnya:Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun" (Surah Al-Maarij -surah 70- ayat 4)

Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa para malaikat dan Jibril saban hari menghadap Tuhan, kadar masa bagi satu hari di alam malaikat ialah 50 ribu tahun. Demikianlah bandingan masa bagi satu hari yg ditempuh oleh malaikat. Berdasarkan ayat ini para ulama' membandingkan alam akhirat itu satu hari sama dengan 50 ribu tahun. Jika manusia berada selama sebulan atau 30 hari di akhirat bandingannya dengan lamanya di dunia bersamaan 1.5 bilion tahun. Betapa halnya jika seseorang itu terdampar di padang Mahsyar selama 50 ribu tahun?

"Alangkah lamanya", kata para sahabat apabila mendengar baginda membacakan ayat di atas. Kemudian bagi menjawab keluhan para sahabat Rasulullah bersabda yang maksudnya:

"Demi jiwaku yg berada di dalam genggaman Tuhan, sesungguhnya Allah swt meringankan tempoh masa di akhirat bagi org mukmin sekadar lama masa bagi tempoh waktu melaksanakan solat fardhu".

Oleh sebab itu kita kena menjadi muslim yang taat.

Huraian yang lebih panjang di sini http://permatainn.blogspot.com/2009/10/sehari-sama-50-ribu-tahun.html

almutarjimah said...

@York kun: T__T mari jadi muslim/ah sejati.

@al-lavendari: blog encik betul2 menarik :)

@werdah: komen awak ni dah boleh buat satu entri :) terima kasih sebab huraikan dgn lanjut.

nur said...

ingat mengingatkan antara satu sama lain amalan yg mulia