Thursday, August 26, 2010

My Fair Lady (sosiolinguistik)


Hari ni sempena hari Khamis malam Jumaat aku tak nak tulis cerita berat-berat :)
Sebenarnya hari ni aku letih sangat-sangat, pagi tadi bangun pukul 4 buat 15ayat mufrod, muthanna dan jama' untuk kelas bahasa Arab, study sosiolinguistik sebab pagi tu ada ujian T__T

Soalan sebenarnya dah bocor tapi nak mencari jawapan tu haihh tak daya den. Soalan ujian tu semuanya berdasarkan filem My Fair Lady, jadi aku kena kaj semua ciri/ aspek sosiolinguistik dalam cerita tu.

Best? memanglah best sebab jawapan sebenarnya ada je kat dalam filem tu tapi nak cungkil keluar segala macam Cockney Rhymes, dialek Selsey, Hampton Court auwwhh berpinar mata tengok cerita 3 jam tu.

Subjek sosiolinguistik ni memang menarik untuk semua belajar tak kisahlah kau aliran sains ke sastera ke. Sebab dalam subjek nilah kau boleh kenal pasti orang yang bercakap dengan kau asal dari mana.

Contoh menarik yang aku belajar hari ni pasal Manglish/Singlish. Korang tau kan kata "outstation" sebenarnya orang Malaysia yang timbulkan lepastu baru meluas. Mat saleh tak pernah rujuk kerja luar daerah sebagai outstation tapi diorang cakap "out of town". Lagi satu, orang Malaysia kan kuat adab ketimurannya, jadi kita tak selesa nak cakap bahasa kesat (ni dulu2 la sekarang ni habis semua keluar). Dalam Manglish, perkataan "bastard" jadi "baskert" haha sebab bastard tu dah di tone down sikit.

Contoh lain GOSTAN, tau tak dalam BI sebenarnya nak cakap undur kebelakang apa? :) ha~ itu assignment anda minggu ini ye. Sila buat huraian 1 muka submit bila-bila korang suka :D

sumber gambar: Goggles eh Google!

No comments: