Saya terharu sepanjang seminggu ni. Eh sat, terharu ke sedih?Mungkin keduanya sekali. Terharu sebab adik-adik sayang saya. Siap buat entri dalam blog lagi. Terima kasih ye adik-adik. Terima kasih sebab menghargai kehadiran kakak ampa walaupun...
Sedih sebab saya meratap, mengeluh sedangkan orang lain lagi susah. Geram bila tengok orang lain ambil mudah sesuatu benda tanpa fikir orang lain yang lagi sempit situasinya.
Lagi satu sedih sebab kawan saya dah nak nikah. Sepatutnya saya tumpang gembira tapi, entahlah...mungkin sebab saya sejak dulu lagi tak boleh ngan dengan bakal suami dia. Mungkin juga sebab saya rasa lelaki tu macam rampas kawan saya dari saya(ingat drama ke apa?). Sebab saya sangat manja dengan kawan saya tu hahaha. Macam nilah nasib penumpang, tumpang sekejap je, tak lama lagi orang lain akan ambil balik.
Ada satu benda yang perlu saya persoalkan. Tentang mentaliti wanita muslim Malaysia khususnya kaum Melayu mengenai hak lelaki berkahwin empat. Mengenai hukum undang-undang keluarga Islam. Kenapa majoriti yang saya dengar setakat ini cakap, undang-undang keluarga Islam tidak adil?
Tapi bila soalan yang sama ditanya kepada wanita muslim dari Indonesia yang tahap pendidikannya jauh lebih randah dan hidup susah boleh cakap, undang-undang Islam sudah terbukti sangat adil. yang menjadikannya tidak adil ialah manusia itu sendiri.
Kenapa wanita muslim Malaysia tak boleh bezakan hukum yang Allah tetapkan dengan hukum manusia? Kenapa sampai hati cakap, hukum keluarga Islam tak adil? Sedangkan yang ditemu bual tu belajar tinggi sampai universiti? Sungguh, saya kecewa.
Saya sedih.
No comments:
Post a Comment