Apa sebenarnya yang dimaksudkan Allah bila Dia berfirman
Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi. Beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok.
Dulu masa zaman jahiliah dulu aku pun tak faham sangat. Rasanya masa aku tingkatan 4 baru aku faham. Apa punya lampi lah aku ni?
Maksud firman tu ialah, kita kena dahulukan ibadat lebih dari kerja-kerja keduniaan. Contohnya, kalau korang kerja meniaga tak kisahlah kat mana-mana pun, bila korang dengar je Panggilan Marilah Solat Marilah Menuju Kejayaan tu sepatutnya automatik korang terus tutup kedai sekejap. Pergilah solat dulu. Kalau hilang 5 pelanggan sebab korang nak solat InsyaAllah Allah ganti bagi 50 pelanggan (pelanggan disini bukan bermaksud pelanggan yang melanggan ******* tu tau.)
Ibadat mesti diatas sekali dalam jadual priority anda. Bayangkan esok kau ye kau mati. Kalau tak kumpul pahala ibadat hari ni banyak2 entah kat neraka manalah kau ye kau kena campak. Nak buat esok tak boleh esok kan dah nak mati... Bab kerja2 keduniaan ni boleh je tangguh. Yelah kan Allah cakap anggap je kita ni akan hidup 1000 tahun so setakat hilang sorang pelanggan tu esok pelanggan lain mesti datang. Jadi faham-faham sajalah ya.
Sekian tazkirah untuk petang Khamis ini.
No comments:
Post a Comment