Alhamdulillah, aku hari ini masih bernafas, masih berupaya tersenyum, masih berupaya hantar tugasan, siapkan kerja sampingan menterjemah, dan banyak lagi walaupun tanpa laptop + duit yang bakal terbang untuk repair laptop + duit untuk bayar duit flight + duit untuk print buku. Aku hidup. Ya aku hidup.
Aku hidup sebab aku percaya ujian datang sebab Allah sangat sayangkan aku. Jujurnya, memang aku dah mula rasa hikmah aku diberi ujian macam ni dan aku tak pernah persoalkan Allah kenapa aku diuji. Apa sangatlah ujian dunia ni, apa sangatlah laptop rosak, apa sangatlah duit tak cukup nak beli itu ini kalau nak dibandingkan seksa akhirat yang aku sendiri tak tahu aku ni masuk dalam list penghuni jahannam ke adnin.
Jadi, apa hikmah yang aku dapat? I get to be tough on myself.
No comments:
Post a Comment