Sekarang alhamdulillah sudah masuk bulan Februari. Dunia belum kiamat lagi tapi huru-haranya macam nak kiamat. Dajjal belum mai lagi tapi pengikutnya dah makin bertambah. Imam Mahdi tak turun lagi tapi penyamarnya dah lama muncul, tiap-tiap tahun muncul kan.
Alhamdulillah. Allah masih pelihara sebahagian muslim yang bangga dengan kemusliman mereka. Allah masih sayang dengan kita yang berusaha tepis godaan syaitan. Sekarang ni macam-macam godaan yang bersembunyi di sebalik nama ISLAM muncul. Paling ketara dah tentulah fesyen muslimah (kononnya) moden.Kepada yang berjaya tahan hati dan fizikal mereka untuk elakkan diri dari semua tu, syabas! Di dunia ni mungkin orang lain yang kononnya ikut aliran semasa cakap kita kolot, kuno, ketinggalan zaman sebab tak pakai pakaian macam diorang. Takpe sabar je. Di syurga buatlah apa korang nak buat, dengar cerita kalau nakbogel pun boleh sebab setiap sorang dapat satu mahligai. Suka hati la nak buat apa pun kan.
***
Bagi penuntut tahun akhir di seluruh Malaysia sekarang kebanyakkannya mungkin dah sibuk fikir nak kerja apa, nak kerja kat mana, Google sample resume, dan yang paling penting mencari kabel-kabel besar.
Lantaklah orang cakap kroni ke, takhta warisan ke kalau dah terdesak nak kerja, nak kahwin amik jela kan. Tapi lupa kah kamu, kita semua dah ada kabel. Kabel bapak besar punya. Dia nanti akan tolong kita cari kerja. Akan tolong kita fikir macam mana nak kumpul duit beli kereta, rumah, bini. Tapi kabel tu aktif cuma kalau kita mintak kat dialah. Macam mana nak apply? Amik wuhu', solat wajib + sunat, lepas bagi salam doa ikhlas mintak kat Allah. Tu dia kabel paling besar, paling ong punya.
Semoga tip ini dapat membantu anda cari kerja. Alhamdulillah saya InsyaAllah bakal dapat. Doakan ye.
No comments:
Post a Comment