Niat. Tiap satu perbuatan atau pekerjaan kita mesti ada niat dulu. Sebab
outcome benda yang dibuat tanpa niat sangat tersasar jauh dari apa-apa yang kita harapkan.
Contoh:
Masa zaman PMR tahun 2001-2003 dulu aku puluh study sebab niat nak puaskan hati sendiri. Outcome: Dapatlah result yang boleh tahan impressive bagi aku.
Contoh 2:
Masa zaman SPM tahun 2004-2005 kena paksa masuk sekolah asrama. So..aku riot! Memberontak sepenuh hati. Niat masa tu untuk pay back apa yang parents paksa dengan result yang sangat 'impressive'.
Haa nampak tak? Allah memang akan ikut apa yang kita nak kalau kita sunguh-sungguh dalam hati mahukan.Cuma kalau ada adik2 yang baca ni tak payahlah ikut apa yang AKAK buat.
Kenapa?
Sebab korang punya takdir tak sama macam aku. Meh sambung balik cerita lain (cerita NIAT dah habis k).
Disebabkan niat gila masa SPM dulu, aku seriously pandang akademik macam pandang neraka. Ponteng kelas, tidur waktu PNP dan sebagainya. On contrary, aku sangat aktif ko-k. Masuk silat gayong, cakra alam, scuba, KRS, kawad kaki. Dan segala puji untuk Allah yang sangat penyayang, pelukis
blue print hidup yang sangat ohsem, aku ditakdirkan dapat jumpa satu cikgu yang namanya Anuar Ahmad.
Cikgu Nuar: gurulatih silat, cakra alam, coach kawad krs, segala mak nenek aktiviti rapelling, scuba and so on.
Cikgu kata kalau awak percaya SPM tu penentu masa depan, kamu jatuh syirik. Otak masa tu baru berusia 16 tahun dan sangat normal untuk aku terkejut beruk. Lepas bertahun-tahun hidup lepas habis sekolah baru aku gradually digest maksud cikgu.
Allah tunjukkan sifat penyayang-Nya pada aku dengan temukan cikgu Nuar. Kalau tak... ke laut aku gamaknya! Walaupun result SPM sangat tidak cantik macam PMR dulu tapi di sekolah yang aku rasa macam neraka ni lah aku belajar tentang pelajaran hidup yang sebenarnya.
Cikgu sekarang tengah frust sampai dia kata nak tinggalkan aktiviti ko-k kat sekolah sebab pengetua nak budak-budak pulun study. Dan aku sangat bersimpati dengan junior-junior yang tak dapat nak merasa penangan cikgu Nuar ni.
Nota: Skill menulis aku sememangnya aku akui dah tumpul... Assalamualaikum!