Monday, May 2, 2011

Seni multiexposure

Mendedahkan pelbagai imej dalam satu frame yang sama macam gambar kat bawah ni bagi aku perlukan kreativiti dan pemikiran bebas.
Apa maksudnya tu?
Kalau ikut pale otak aku ni,
Bila kau dah guna apa-apa saja kamera lomo,
Tak usah fikir lagi-lagi untuk orang baru (macam aku ni lah)
Bila hati kata":ambil gambar subjek tu!" 
Apa tunggu lagi?

Halakan kamera dan 'klik' saja.

Cuma bila dah boring main klik tanpa fikir,
Korang bolehlah asah bakat atau bagi tajam sikit otak korang tu
Sebab kena fikir #1 Apa yang kau nak dalam satu frame
#2 Tengok warna apa yang terlibat takut nanti ada yang 'makan warna '
Makan warna maksudnya subjek yang diingini tenggelam dekat belakang sebab warna lain (contohnya putih) dah makan warna tu.
#3 JIMAT!! Ingat filem murah ke? So sebelum 'tembak' fikir la dulu ye.




Untuk dapat imej macam gambar di atas ni,
Mula-mula ambil dulu gambar bungan tu dengan rumput,
Kemudian, aktifkan butang multi-exposure,
Ambil pula gambar satu je bunga,
tapi secara dekat.
Disebabkan kamera Holga K200nm ni berkous tetap so, gambar bunga sekuntum tu tak berapa jelas.
Jangan lupa halakan kamera ke atas supaya nampak langit/awan.
Motifnya sekarang kita nak langit/awan yang cerah tu makan gambar rumput.

Marilah bersama-sama membangunkan industri perfileman eh kamera filem Malaysia! :)

5 comments:

missOcha said...

kalo pakai kamera tepon bleh x? haha

almutarjimah said...

MRocha, misti lah bole~

missOcha said...

MRocha?? Brader Ocha la best sket.. kwang3..kesian aku..

aku da try gune henpon + fotoshop.. jadik2..haha

almutarjimah said...

Betulkah? nak tangok nak tengok~

missOcha said...

haha..segan la.. nnt aku upload..