Wednesday, May 11, 2011

Salah satu sebab kenapa saya hormat orang Jepun

Naoto Kan enggan terima gaji PM sehingga krisis nuklear selesai

2011/05/10

TOKYO: Naoto Kan berkata, beliau tidak akan mengambil gajinya sebagai perdana menteri Jepun sehingga krisis loji jana kuasa nuklear Fukushima, kesan daripada tsunami selesai. 

Bagaimanapun, beliau akan mengambil gajinya sebagai wakil rakyat.“Bersama-sama dengan operator loji itu, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), kerajaan turut memikul tanggungjawab kesan daripada kemalangan nuklear selepas pentadbirannya meneruskan dasar tenaga nuklear,” katanya di sini, sebentar tadi.“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab melaksanakan dasar itu, saya meminta maaf kepada semua pihak. Keputusan tidak mengambil elaun tahunan perdana menteri bermula Jun depan dan sehingga kita dapat lihat jalan penyelesaian kepada insiden nuklear,” katanya. - AFP 


Sumber daripada Berita Harian 

3 comments:

Malay-Kadazan girl said...

The money can be used for helping the nation.

almutarjimah said...

Responsibility. No wonder.

almutarjimah said...

Very responsible.