Thursday, October 28, 2010

Pergi

Dalam sekelip mata, tanpa kita jangka, kita boleh hilang semuanya dengan ketentuan Allah. Kita mungkin hilang harta, hilang seluruh ahli keluarga.

...dan kita yang masih di sini hanya mampu teruskan hidup dan ambil iktibar. Entah bila sampai pula waktu kita...

ayah alang, mak lang, abg ezet...  tabahlah kak mimi. (cakap memang senang)...

Sebatang kara, kalau aku entah macam mana nak hadapi semua.

Wednesday, October 27, 2010

Tinggalkan solat?

Orang yang meninggalkan solat lebihbesar 
dosanya dibandingkan dengan orang yang 
membakar 70 buah Al-Quran,membunuh 70 nabi 
dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah.
Peringatan untuk diri aku sendiri.

Pergi

Seorang demi seorang pergi...
Semuanya kerana Dia panggil pulang...
Pulang ke pangkuan abadi...
Kamu anak istimewa...
Pada mata mereka tersimpan sejuta kata yang tidak terucap dengan lidah
Kamu anak istimewa, anak seribu tuah, seribu rahmat.

Ayep...semoga Ayep bahagia di sana. Ayep dah tak payah tanggung sakit, kat sana Ayep dah boleh jalan, boleh lari2, boleh main apa-apa je yang Ayep tak boleh buat masa kat dunia dulu. Ayep sekarang dah boleh cakap, boleh ketawa dengan kawan baru, dengan malaikat, dengan Allah. Walaupun ibu, ayah, yong, kakak, abang dan husna dah tak ada dengan Ayep, satu hari nanti kita jumpa lagi...

Kakak harap Ayep ingat lagi dengan kakak di sana nanti.

Monday, October 25, 2010

A atau B ?

Saya nak buat kaji selidik sikit. 2 hari lepas saya dah install intensedebate iaitu software untuk letak komen yang baru. Benda tu sebenarnya untuk medahkan saya balas komen satu-satu. Tapi...kalau blogger yang nak komen tak ada akaun intense atau wordpress korang kena daftar nama, email dengan website dulu. Agak leceh kan.

Jadi, saya nak minta pendapat. Hampa rasa lagi senang komen guna comment form blogspot atau intensedebate?

(a) blogspot



(b) intense debate




(A) atau (B)?
Jawapan ditangan anda.

Sunday, October 24, 2010

Kami Bukan Saudagar Dongeng

 Kami kembali lagi ~ kalau sebelum ini, kami buat majlis sambutan hari raya dengan pesta musim luruh, kali ini  kami buat jualan amal pula. Alhamdulillah projek amal ni dapat sambutan hangat daripada warga USM terutama pelajar Terjemahan & Interpretasi (BATI) sendiri.

Semua barang terpakai yang dijual kami kumpul daripada pelajar BATI, pensyarah dan staf PPIK. Terima kasih minnasan! Semoga keluarga BATI semakin kaya ^^ dan yang penting hubungan sesama kita semakin erat.









Sweetest couple err friend.
YB Sivaneswari.   




Saudagar paling hebat

Kami bukan saudagar dongeng.

Syaitan yang bersembunyi dalam Al Fatihah

 Mungkin sesetengah orang menganggap Surah Al-Fatihah adalah perkara yang remeh.Tetapi sesungguhnya,demi Allah,jika kita tersilap sebut akan membawa kepada maksud yang lain.Hati-hati!Maksud yang lain di sini adalah bermaksud membawa kepada kita menyebut nama-nama syaitan yang terkutuk!

NAMA-NAMA SYAITAN(nama yang tulisannya ditebalkan)

1.DULILAH (bila dibaca tanpa sabdu/syaddah pada huruf 'LAM') sepatutnyaDULILLAH


2.HIRROB (bila dibaca dengan sabdu/syaddah pada huruf 'RO') sepatutnya HIROB


3.KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu/syaddah pada huruf 'YA') sepatutnya  KIYAU

4.KANNAK (bila dibaca dengan sabdu/syaddah pada huruf 'NUN') sepatutnya KANAK

5.IYA (bila dibaca tanpa sabdu/syaddah pada huruf 'YA') sepatutnya IYYA

6.KANNAS (bila dibaca dengan sabdu/syaddah pada huruf 'NUN') sepatutnya KANAS

PERLU DIAMBIL PERHATIAN! - BOLEH MURTAD TANPA KITA SEDARI !!!
Pada ayat ke-5,jika dibaca dengan " iya kanak budu wa iya kanas ta 'in "
 membawa maksud : KepadaMU MATAHARI kami SEMBAH


-(jika membaca IYA,tidak membaca IYYA-IYYA adalah bacaan yang betul)
-IYA membawa maksud MATAHARI,jika membaca IYYA,KepadaMu Allah kami sembah

Pada ayat ke-5 juga,jika membaca "....wa iyya kanus ta 'in "
membawa maksud : dan kepadaMu ALLAH kami INGKAR


-Jika dibaca IYYA kepada IYA juga membawa maksud MATAHARI .
Contohnya : ".....wa iya kanas ta 'in" bermaksud - " .... dan kepadaMu MATAHARI Kami meminta PERTOLONGAN "

-Jika membaca " ....wa iya kanus ta 'in " bermaksud - " .....dan kepadaMU MATAHARI kami INGKAR "
-KANUS membawa maksud kami INGKAR

-bacaan yang betul KANAS - membawa maksud "Kami meminta pertolongan"
-bacaan yang salah : KANUS-INGKAR , KANNAS-NAMA SYAITAN

<<<BACAAN YG BETUL : IYYA KANAK BUDU WA IYYA KANAS TA'IN>>>

7.SIROTHOLLAZI.....seeloknya dibaca dengan satu nafas adalah lebih baik.Jika nafas pendek,boleh berhenti tetapi boleh berhenti pada SIROTHOLLAZI NA AN AM TA ALAIHIM...<STOP>pas2 sambung sampai AAAMIIIN

8.Pada ayat "SIROTHOLLAZI NA AN AM TA ALAIHIM"-Ramai orang silap membaca pada ayat ini...Ada yang membaca :

-Sirothollazi NA AM AM-Jangan gelak!ada orang yang buat!
-Sirothollazi NA AM AN
-Sirothollazi NA AN AN

"GHAIRIL MAGHDHU BI ALAIHIM WALADHOOOLLIN"-Ramai yang membaca :

-Waladhooolin (huruf 'DHO' dan Huruf 'LAM' Tidak disyaddahkan/sabdu-tidak membawa maksud yang lain tetapi salah dari hukum TAJWID)

Bacaan yang betul Surah Al-Fatihah :

1.BISMILLAH HIRROH MAANIRROHIM
2.ALHAMDULILLAH HIROBBIL 'AALAMIN
3.ARROHMAANIRROHIM
4.MAALIKIYAU MIDDIN
5.IYYA KANAK BUDU WA IYYA KANAS TA'IN
6.IHDINASHIROOTHOL MUSTAQIM
7.SIROOTHOLLADZI NA AN AM TA'ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHU BI 'ALAIHIM WALADHOOOOOLLLLINNNNN

Semoga info di atas dapat kita perbaiki dari semasa ke semasa..Untuk lebih info,tanyalah Ustaz/Ustazah yang mengajar Tajwid di kawasan anda.Perlu ingat SOLAT KITA SAH JIKA AL-FATIHAH KITA SAH...Kalau Al-Fatihah tunggang-langgang,solat kita berkemungkinan tidak sah.Semoga kita dapat mengambil iktibar.Wallahu A'lam...

SHARE LAH KEPADA SEMUA KAWAN2 FACEBOOK YANG ANDA KENAL
 BY:Ahmad syafiq Al Azahri

Saturday, October 23, 2010

Ubat hati

Hati, segumpal darah yang dicipta untuk kita yang telah dilengkapi isi-isinya dengan sesuatu yang halus oleh Allah  yang juga Maha Halus (Latif). Disebabkan hati kita sangat halus atau sensitif maka untuk maintainance, hati perlu selalu dibawa pergi overhaul. 

Fitrah manusia memang pelupa, kadang-kadang sesat jalan, berjalan merayau jauh sangat sampai terlupa nak balik rumah. Bila dah lama tak balik rumah, kita jadi penat, tak bermaya, tak ada lagi rasa seronoknya jalan jauh-jauh. Begitu juga dengan hati. 

Hati kita halus, dia tak mungkin dapat bertahan kalau tak dibawa pulang ke rumah sekali sekala. Masa ini lah kita perlu overhaul  hati. Macam mana? Bawa pulang hati kita ke asalnya. Kepada Penciptanya yang Maha Halus.

Overhaul HATI:-
1) Baca Quran dan maknanya
2) Bersolatlah disepertiga malam
3) Berkumpullah dengan orang2 soleh
4) Perbanyakkan berpuasa
5) Zikir 

Saya syorkan zikir salah satu nama Allah iaitu YA LATIF...Banyak khasiatnya untuk hati InshaAllah.

Wednesday, October 20, 2010

Wednesday night fever

Did you remember I wrote I sometimes cry when I had fever?

I have fever.

Now.

Plus, an assignment have to be submit tomorrow.

Mak~

Tuesday, October 19, 2010

What's in the Audio Room?

I usually have 2 hours gap between noon class and 4 o'clock tutorial. So, in order to kill time my friends and I sometimes will come up here to our secret lair...to sleep. Very few students know the existence  of Hamzah Sendut's audio room actually so whenever I went there, the room will always packed with silence. So quiet that nobody will ever notice if you were hiding behind those couches...snoring haha. 

This audio room plays variety of music. You just name it, they have Beethoven, Chopin, P. Ramlee, Ahmad Jais, Backstreetboys etc.So here's a few pictures of the lovely room. 



Stary, stary night~ paint your palette blue and grey ~ lookout on a summer's day~ with eyes that know the darkness in my soul ~


Oldies



Sunday, October 17, 2010

I wonder if you ever...

littlemewhatever of deviantart

Mak,
What are you doing right now? I guess this time around, you were still on your prayer mat. How do you do mom? Have you still sewing? I think you should really gradually reduce them. It must have been hard for you to manage the big house all alone. I'm sorry I can't help you much. I'm a useless daughter huh? can't cook, can't clean, can't sew, can't make you happy.

Mak,
Have you ever by any chance...thinking of me when I'm not at home?
Have you ever by chance crying of me? If so, was it because you miss me? Or...was it because I've hurt your heart?
Have you by any chance miss me?

Mak,
Do you know?
...that I cried everytime I get on the bus to leave home?
...that I cry sometimes when I had my fever?
...that I once wrote a story about you on my blog and I make two reader cried.
...that I was afraid to call you because I hate it when I cry everytime I hear your tender voice?
...that I am crying right now...

Saturday, October 16, 2010

Shawl~ untuk dilelong

Shawl, atau orang putih panggil selendang merupakan sehelai/ sepicis kain yang digunting menjadi bentuk empat tepat supaya boleh dibungkus dikepala. Selendang zaman dulu dengan sekarang of course la banyak bezanya. Gaya selendang dulu panjang corak tak berapa banyak sangat, biasanya corak bunga-bunga. Sekarang dah ada selendang corak abstrak, corak macam sari pun ada.

Sebenarnya, penulis sendiri (uwekk rasa macam tengah tulis makalah akademik) tak pakai shawl sebab rasa macam tak sesuai dengan muka. Nanti muka penulis jadi bulat tak ingat.

Entri ni ada udang disebalik batu sebenarnya...ni mai cik kak, adik manis, kakak manis, abang manis hehe cheq nak promosi shawl yang kawan cheq juai. Shawl yang dia juai ni jenis Paisley custom made ok. Kain beli kat Little India tak tau la semeter berapa huhu yang penting kain berkualiti dan asli. Harga bermula dari RM25 hingga RM28 sahaja.

Berminat? Sila lawati blog beliau Sweetpea by fiena


sweetpeabyfiena.blogspot.com

Chit chat

Osnafotos of Deviant Art

Had a cute conversation with my little brother this morning.

  • Lil Bro: I had a chest pain.
  • Me: Why?
  • Lil Bro: I smoked too much.
  • Me: Dear God, you finally realized. C'mon just quit.
  • Lil Bro: I can't, the pain will kill me even worst.
  • Me: Aaah just chew some gummy.
Moral of the story, Don't smoke.

Thursday, October 14, 2010

Omma~


~ 6 years: Mom knows evrythg! ~ 8 years: Mom knows a lot! ~ 12 years: Mom really doesn't know evrythg! ~ 14years: Mom knows nothing! ~ 16 years: Mom, what mom? ~ 18 years: Mom is outdated! ~ 25 years: Maybe Mom knows! ~ 35 years: Before deciding, let's ask Mom! ~ 45 years: I wonder what Mom thinks! ~ 75 years : I wish Mom was here to ask! I have the BEST MOM IN THE WORLD :)

Wednesday, October 13, 2010

Kaabah in rain.




Gambar-gambar ni buat saya tersenyum dan sayu pada masa yang sama. Moga diberi peluang melihat sendiri.

Taken from 'Untuk Sesama Insan''s blog.

Tuesday, October 12, 2010

Obses $___$

Apa la yang korang terdesak sangat pasal nuffnang ni? Ye aku tau boleh jana duit poket tapi kena ingat iklan untuk mereka yang berminat sahaja. Tak payahlah datang blog orang lain tulis "saya dah click nuff awak, nanti click nuffnang saya pulak ye.."

Pada aku, agak tak matang. Dulu aku pun rasa macam teruja jugak dengan benda-benda ni tapi  bila fikir balik duit dari nuffnang tu datang sebab kita suruh blogger lain click bukan ke dah jadi haram? Nuffnang sendiri dah bagi emel amaran tentang benda ni kan?

Monday, October 11, 2010

Cara nak cari mukasurat juzuk Al-Quran

Senang sahaja makcik pakcik,

Contoh 1:
Nak cari juzuk 5;
5 - 1= 4,  4 x 2 = 8,  sekarang letak je nombor 2 belakang 8 = 82.
Juzuk 5 berada di muka surat 82.

Contoh 2:
Nak cari juzuk 13;
13 - 1 = 12,  12 x 2 = 24, letak nombor 2 dibelakang 24 = 242.
Juzuk 13 berada di muka surat 242.

Kesimpulannya, (juzuk) - 1 ( x 2) masukkan nombor 2 dihujung.

SUBHANALLAH! Senang je kan, selama ni aku pun pening macam mana nak cari juzuk dalam al-quran yang tebal tu.

Jazakallahu khair kepada tuan punya blog catatan seorang pendidik yang menterjemahnya daripada blog sesama insan. Dua blog yang sentiasa saya follow diam-diam hehe.

Sunday, October 10, 2010

Aigoooo

Covering shame.  Taken from Ali Cavanaugh

Aigoooooooooo

Rasanya aku kena tampal disclaimer kat blog ni supaya pembaca yang kenal aku tak cakap pasal blog aku depan aku. Malu tau huhuhu T__T  Nasib baik rahsia sebenar tak terbongkar lagi.

Aigoooooooooo unni~

Daddy

Father - GrandeOmbre of Deviant art
Daddy,


I had my own hard time on this. Time where I completely hate it. Time where I wish I was someone else. Time where I felt truly alone. He wasn't always there, absent. Sometimes arrogant. It's hard...to forgive.


Above, is my own interpretation on Sylvia Plath's poem Daddy and maybe 'another version of my own'.

(Copied from my other blog)

Kalau Berpacaran

Lagu Jauhi Zina paling sempoi.
Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hasan ft. Ana Raffali dan Altimet

...biar malu-malu,
biar segan-segan,
kerna malu itu,
perisai orang beriman.

Budaya Peniaga Malaysia

Nampaknya betullah cakap pensyarah aku, peniaga di Malaysia ni perlu ubah sikap. Tak salah kalau nak beramah mesra dengan pelanggan tapi ada hadnya. Masing-masing ada lingkungan peribadi (personal space).

Macam tadi aku pergi keluar makan di Ivory sorang-sorang. Bukan benda yang pelik bagi aku untuk keluar tak berteman sebab aku dah terbiasa hidup berdikari. Masa aku dah makan separuh nasi goreng tu tiba-tiba pekerja kedai makan tu (lelaki berusia 20-an) tegur,

L: Sorang je ke?
Aku: (terkedu sebab masa tu tengah mengunyah)...
L: Kawan tak mai sekali ke?
Aku: Haa...ye sorang je. (masih berupaya untuk senyum kang dikata sombong pulak)
L: Ooo...kesiannya tak pa takpa saya boleh teman.
Aku: (Hanya senyum kambing)

...beberapa minit kemudian...

Pekerja tu betul-betul datang duduk dekat meja aku. Aku berhenti makan bagi renungan pelik kat dia.

L: Takpa takpa makan makan.
Aku: (Tak bagi apa-apa respond, terus makan macam biasa. Tak cakap sepatah pun.)

Rasanya pekerja tu perasan aku tak selesa dia terus blah pergi tengok tv kat meja lain.

Tak salah kalau nak mesra dengan pelanggan bukan? Tapi ada batasnya. Batas yang paling jelas, batas dari mata Yang Maha Melihat kan... dah lah pekerja tu lelaki, aku pulak sorang je perempuan. Kalau pekerja tu perempuan mungkin aku boleh terima.

Satu lagi insiden yang aku rasa peniaga di Malaysia perlu ubah ialah peniaga mesti hormati pelanggan. Lagi contoh di kedai makan (nak buat macam mana...duduk kat hostel mana ada dapur kan ).

Aku tengah makan di kafeteria hostel sorang-sorang jugak. Sebelah meja aku kosong. Tak lama selepas tu datang tauke kedai air hempas kotak penuh dengan air mineral atas meja kosong yang sebelah meja aku. Maunya tak terkejut?! Tauke tu pula buat muka tak bersalah.

Mungkin bagi anda yang membaca perkara ni kecil je, tapi inilah yang aku katakan sebagai ETIKA berniaga. Sila ambil perhatian jika anda peniaga atau bakal meniaga.

Majulah peniaga untuk negara.

Saturday, October 9, 2010

My agony of remorse

Taken from darrowart.com

This one will be a little bit personal...

I've denied it for hundreds of time. I told myself that I can move on and live life like nothing ever happen. I told myself "I don't need to see nor 'hear' her words anymore."

But I lied.

I've always think about her. I've always worried to sick about her. She's a cancer survivor, so sometimes she is very weak physically and mentally. She's too far from me logistically,  so words is all I got to give. She always said my words reminds her of someone. Someone she used to dear so much and having to see my words is kind of a temporary emancipation from her hopeless dream.

I was very pleased. She's like a big sister I never had in reality and to be honest I always wanted one.

Things started to change with time...I spent lesser time 'with' her because somehow you cannot make everyone happy isn't that it? And as for me, I've 'observed' her from afar and from there I made my final decision.

It's time to stop.

Why?

I don't want my words reminds her again of that someone. I know she hated it. She seems fine now, she's not like who she is five months ago. She better off without my words. This is one sacrifice I made for you sis...and I'm sorry even though deep down I really miss the old you. But the old you isn't good for you.

Be happy sis.

Sedekah paling mudah

 Aku salin bulat-bulat dari blog azamanakfelda (moga ALLAH cucuri rahmat kepada roh cikgu Azam). Moga korang pun boleh tolong sebarkan tak payah mintak izin aku nak salin. Tak payah bagi aku upah dan jangan le pulak korang minta upah. Ni benda FREE ma... 


Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan,
pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.


1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca,
Anda mendapatkan hasanah.
 


2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit
menggunakannya, Anda dapat hasanah


3. bagi bacaan yang membangunkan/menyedarkan seseorang.
 

4. Bantu pendidikan seorang anak. 


5. A jarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan
do'a itu, Anda dapat hasanah.


6. Bagi CD Quran atau Do'a.
 

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid. 


8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.


9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang
berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.
 

10. Berikan cerita ini pada orang lain. Jika
seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda
dapat hasanah sampai hari Qiamat.

aminnnnnn...

Friday, October 8, 2010

Seribu sehari = Seribu keampunan

Muslim meriwayatkan:

Rasulullah SAW bersabda: "Adakah diantara kamu yang mampu mendapatkan seribu hasanah (ganjaran/kebaikan) sehari?" Seorang sahabat bertanya, " Bagaimana kami boleh mendapatkannya?"

Rasulullah SAW lalu berkata: "Agungkanlah Allah seratus kali hanya dengan mengucapkan “Subhanallah” dan akan dicatat kebaikan untukmu, atau seribu dosamu akan dihapuskan." (Muslim 4:2073)

Thursday, October 7, 2010

Earnings' coming~

Dah banyak kali aku tengok blogger 'eksyen' bila blog diorang dapat buffered earning. Aku pun selalu termenung terfikir, bilalah nuffnang nak bagi aku buffered earnings ni.

Tup tup pagi ni....alhamdulillah rezeki aku pulak. Terima kasih DIGI! dan Nuffnang!

Harga

Harga...biasanya diletakkan bersama2 dengan barang. Tapi, mungkin ada yang tak sedar kita selalu letak harga pada orang (saya bukan bercakap tentang pemerdagangan manusia). Kenapa?

Kalau kita pergi majlis formal di sekolah misalnya, mesti akan dengar ayat2 seperti:
-..."dijemput Tuan Pengetua untuk memberi penghargaan kepada..."

...haaa perasan tak?

Pengzahiran emosi akan di"harga"kan dalam konteks budaya bahasa Melayu. Jadi saya ulang balik soalan. Kenapa?

Jujurnya...saya pun kurang pasti kenapa. Tapi ini dia hipotesis saya:
#1 Material dilihat atau dinilai tinggi pada kaca mata orang2 Melayu sebab dulu2 sukar untuk kita miliki semuanya. Bukan maksud saya orang Melayu materialistik, tapi material akan dijaga, dihargai (appreciate) sebaik mungkin kerana kita tahu kepayahan untuk memilikinya. Jadi, 'penghargaan' kepada seseorang cukuplah untuk dikiaskan sebagai sesuatu yang amat2 bernilai bukan pada harga, tapi pada tulus hati yang memberi nilainya.


'Harga' kan persahabatan, pertalian dengan nilai dihati anda bukan nilai mata wang poketnya.

Tuesday, October 5, 2010

Fitur-fitur cinta

Apa bukti cintamu? Buktikan! Huraikan!

Kepada gadis-gadis sekalian, jika ada jejaka yang cakap "I love you", sila jangan teruja, terharu tak ingat dunia. Pastikan anda tanya kepada jejaka tersebut soalan di atas ini.

Minta dia berikan fitur-fitur cintanya kepada anda ya. Jika 'CINTA' pada jejaka itu ialah MEMILIKI, maka lupakan saja. Kenapa? Kerana anda, gadis-gadis sekalian hanyalah 'bakal orang gaji' mencuci pakaian dalamnya, memasak untuknya, memuaskan nafsunya semata-semata.

Setelah minta huraian, minta pula bukti ye cik puan. Jangan jadi mangsa perceraian.

Sekian sahaja tazkirah cinta pada hari ini.