Saturday, October 23, 2010

Ubat hati

Hati, segumpal darah yang dicipta untuk kita yang telah dilengkapi isi-isinya dengan sesuatu yang halus oleh Allah  yang juga Maha Halus (Latif). Disebabkan hati kita sangat halus atau sensitif maka untuk maintainance, hati perlu selalu dibawa pergi overhaul. 

Fitrah manusia memang pelupa, kadang-kadang sesat jalan, berjalan merayau jauh sangat sampai terlupa nak balik rumah. Bila dah lama tak balik rumah, kita jadi penat, tak bermaya, tak ada lagi rasa seronoknya jalan jauh-jauh. Begitu juga dengan hati. 

Hati kita halus, dia tak mungkin dapat bertahan kalau tak dibawa pulang ke rumah sekali sekala. Masa ini lah kita perlu overhaul  hati. Macam mana? Bawa pulang hati kita ke asalnya. Kepada Penciptanya yang Maha Halus.

Overhaul HATI:-
1) Baca Quran dan maknanya
2) Bersolatlah disepertiga malam
3) Berkumpullah dengan orang2 soleh
4) Perbanyakkan berpuasa
5) Zikir 

Saya syorkan zikir salah satu nama Allah iaitu YA LATIF...Banyak khasiatnya untuk hati InshaAllah.

No comments: