Sunday, September 23, 2012

Conteng2

Sebenarnya banyak yang nak ditulis disini. Terlalu banyak sampai lupa semuanya. Jadi, sementara aku masih ingat, baiklah aku scribble sikit2 dulu hehe

#1 Selamat bergraduasi unutk adik2 BATI pada hari ini Ahad. Seronok rasanya tengok gambar diorang konvo, teringat balik memori setahun lepas. :) 

#2 Bulan Disember nanti ada Pesta Buku Malaysia 19-23 Dis. Masa untuk simpan duit supaya dapat laburkan sewenang-wenangnya untuk beli buku nanti.

#3 Aku baru perasan, aku rasa sangat tidak selesa ambil gambar landskap kalau ada orang lain tengok. hurmmm. Aku lebih suka dengan orang asing, maksudnya orang lain yang tak boleh agak aku bangsa apa, dari negara mana. I love total strangers!

#4 Dulu aku sangat anti dengan kulit ayam. Sekarang tidak lagi! 4 kali dalam seminggu mesti makan kulit ayam goreng bersalut tepung (demi menambah semula kilogram yang hilang drastik).

No comments: