Tuesday, April 26, 2011

Susahnya menjadi seorang perempuan

Aku rasa (secara peribadi) perempuan paling banyak ujian.

Perempuan selalu diuji Allah.
Masa zaman jahiliah dulu orang anggap perempuan cuma 'alat' 
Perempuan ditindas, hina, murah, 
Bila Islam datang nilai perempuan melambung naik.
Tapi bila dah lama-lama,
Datang pulak rungutan lain.

Kan dah kata tadi,
Perempuan paling banyak diuji.
Antaranya,
Aurat,
Kena pakai tudung,
Baju seluar kena labuh,
Hanya suami berhak tentukan perceraian,
Lelaki boleh kahwin 4 perempuan tak boleh,
Isteri wajib patuh pada suami,
Tak boleh nak make-up lebih-lebih,
Tak boleh pakai baju bergaya macam Tyra Banks,
Setiap bulan terpaksa tanggung sakit premenstrual [berguling-guling tahan sakit T__T]
Kena usung anak dalam perut 9 bulan,
Lepas penat usung 9 bulan kena tahan sakit bersalin pulak,
Macam-macam lagi lah!
Betul tak?

Alhamdulillah,
Ada yang tahan, sabar dan yakin 
Ada juga yang tentang habis-habis 

Tapi pada aku,
Ini semua ujian 
Hak perempuan di dunia mungkin tak sebebas lelaki,
Tapi ini semua ujian.
Mesti ada yang kata tak rasa boleh lah cakap,
Tapi kita lahir sebagai perempuan kena kuat walaupun zahirnya lemah.
Ada yang kata Allah tak adil,
Allah yang lahirkan perempuan dengan perasaan ingin berhias cantik-cantik,
Jadi apa salah aku nak tunjuk kecantikan demi kepuasan diri sendiri?

Aku cuma boleh cakap,
Ini semua ujian.
Tipulah kalau kata tak ada seorang perempuan pun yang tak nak berhias cantik in public,
Mesti ada,
Tapi ingat,
Itu semua ujian.
Ujian kita berat tak macam lelaki,
Mungkin nampak remeh,
Tapi hakikatnya Allah sayang kita lebih dari apa pun.
Kenapa?
Sebab kita perempuan.

Daripada aku yang bukan lulusan agama, syariah dan yang sewaktu dengannya.

3 comments:

@Fr!^n@ said...
This comment has been removed by the author.
@Fr!^n@ said...

baca mula2 cam menyesal jadi perempuan.. tapi lepas tu. rase untung pun ade.. :) hehe

kerana perempuan seorang lelaki itu berjaya dan ia di lahirkan..
kerana perempuan jua saya telah lahir ke dunia ini..

perempuan yang disangka lemah.. tetapi bisa menggoncang dunia.. :)

gurl power.. :)

almutarjimah said...

@Fr!^n@ - Perempuan memang powerful sebenarnya, cuma tu lah banyak dugaan. Bersyukur je lah lahir dalam keadaan apa pun sebab kita memang istimewa.