Sunday, April 24, 2011

Nikmat merancang versi saat akhir & versi redah je

Last minute punya orang =Aku.

Tak tahulah kenapa, tapi mungkin sebab aku rasa adrenalin mengalir laju macam air terjun bila ada tekanan, hidup dalam kesusahan, me
larat (susah le sangat...haktuih!). Terus terang aku bukan perancang yang berjaya. Boleh dikatakan bila aku siap buat rancangan hidup untuk hari esok contohnya, mulalah time tu jugak aku pi melenconglah, tambah agenda lah, kurang agendalah. Senang cerita, aku akan buat apa je yang hati aku nak masa tu, ke mana saja kaki aku nak melangkah masa tu.

Contoh semalam aku pergi 1st avenue penang. Tu memang dah ada dalam agenda. Tapi sebenarnya sebelum pergi aku siap berkira dalam hati nak pi ke tak? nak pi ke tak?Itu pun sebelum mandi siap sempat basuh baju sebaldi dan masa tu dah pukul 10.30. Last-last aku pergi juga...ambik kau keluar pukul 12 tgh hari, berpeluh tak ingat masa nak pergi perhentian bas.

Sampai KOMTAR lebih kurang pukul 1.15, terus pi fers evenu(saja nak merosak bahasa inggeris), aras bawah tanah jenuh jugak lah nak cari kedai lomokaki tu. Rupanya dekat daerah hujung-hujung memang susah orang nak perasan kedai tu. OK, ni lagi satu benda yang aku tak boleh tahan. Nafsu terhadap kamera dan yang seangkatan dengannya. Tapi nasib baik iman kuat aku just hantar filem untuk diproses. 2 filem hitam putih, 2 filem slide. Total RM64 T__T itupun lepas diskaun haihhh nasib baik baru dapat gaji. Lepas mata dah start nak melekat kat kamera lomo dalam kedai tu kaki pun mem'blah'kan badan aku dari situ. Oh terima kasih banyak kakiku. Selamat duit poket.

Lepas hantar filem, plan nak solat then pi tengok-tengok (sahaja) cuci mata dekat bazar chowrasta. Plan emmm kurang berjaya sebab kali ni aku dah explore lorong baru. Bila dah explore lorong baru, aku terjumpa lah pulak kedai buku terpakai. ADOIII ni masalah tak tahan nafsu paling BESAR dalam hidup. Plan lah siap-siap untuk tidak membeli buku macam mana pun, aku TETAP akan beli jugak akhirnya. Mula-mula masuk kedai tu macam tak ada buku best, tapi bila dah nak keluar dah lebih kurang selangkah je lagi dari pintu kedai, mata ni nampak buku Secret Seven. I say mannnn~ Enid Blyton versi kulit keras tu.... favorito! :p Harganya RM10 tapi aku ayat mamat tu dapat lah RM8 hehehe puas hati gue.

Lepas tu aku ingat nak pi balik dah kan, tapi kakiku tetap nak redah jalan/lorong yang asing itu. Panas tak usah ceritalah, tapi kali ni aku redah pakai payung haha ni kesan daripada ciuman hangat panas Langkawi. Pijor teman dibuatnya.Setelah kaki puas meredah, perut kata nak makan laksa pula. Carikan le dia laksa kat chowrasta tu mujur jumpa. RM2.50 semangkuk, not bad. Tadi dah lah berjalan sorang-sorang dalam panas, lepas tu makan laksa yang panas tu bawah panas juga =.='' Cuma makan kat situ terpaksalah membiasakan diri dengan budak peminta sedekah.

Lepas makan singgah Prangin beli aiskrim untuk kudapan semasa menunggu bas. Dan pengembaraan pun tamat. Aku sangat menyarankan korang pergi redah je tempat baru, makin kita rasa asing makin kita rasa seronok nak tahu lagi. Redah je!

No comments: