Thursday, October 20, 2011

Carribean Blue.

My favorite Enya's, the Carribean Blue. Kinda suit my adventurous spirit:)


I'm thinking of buying a new compact camera....
Can I call Canon G12 a compact camera?
They are quite bulky, can't fit 'em in my pocket.
But the function is almost like DSLR.
To be continue....

Saturday, October 15, 2011

Hap hap and away~

Eh dah lamaa tak update blog rupanya...patutlah macam kehilangan sesuatu :D
Hari ni hari Sabtu kan, akukerja.. ni baru je balik.
Penat sangat tapi bila aku fikir balik bila lagi aku nak rasa susah macam ni? Lepas ni kalau dah dapat kerja yang duduk mengadap komputer guna otak lagi lah parah.
Jadi, lalui sajalah hari-hari dengan redho dan ikhlas.
Oh ye, semalam aku beli buku novel. Terbitan PTS, judulnya Ma Yan, ditulis oleh Sanie B. Kuncoro.
Murah je RM16 tapi ceritanya menusuk tepat dalam diri sendiri.
Seolah-olah cerita tu tengah menyindir aku yang selalu sangat mengeluh bila kena buat kerja yang macam kerja kuli ni.
Manusia...macam inilah.
Perlu selalu ada yang menegur baru tersedar.
Buku novel ni jugak mengingatkan aku pada filem Iran judulnya 'Baran'.
Baran tu maksudnya hujan dlam bahasa Parsi.
Selalunya bila badan aku dah mula rasa sakit sebab buat kerja berat, aku cuba ingat balik scene bila Baran(watak utama filem ni)  kena buat kerja lagi teruk daripada aku semata-mata untuk beli makanan.
Tapi aku?
Aku bukannya kena kerja untuk mencari sesuap nasi pun.
Kerja ni saja2 je sebab bosan duduk rumah tak buat apa.
Dah la buat kerja dalam bilik yang ada pendingin hawa.
=.=''

Update #2
Kawan aku si Pineh bukan nama sebenar InsyaAllah akan diijabakabul 23 Disember tahun ni.
Aku rasa...gembira untuk dia dan..berat...dan ermmm..pilu...dan..sedih...dan  haihh
Biasalah kalau dah rapat sangat macam adik-beradik macam inilah jadinya.
Moralnya jangan kawan rapat sangat hehe


Sekian hapdet terbaru daripada saya. Oh ya saya dah grad pada 21 September lalu. It just a date to be remember anyway wasn't that big but I made it big which kinda annoy me sometimes heh! Harap bersabar dengan aku ni.