Friday, July 15, 2011

Penafian satu kebenaran: Berkata benarlah walaupun pahit

Aku yakin semua kawanku sibuk mengejar impian masing-masing, sibuk dengan perantauan masing-masing. 

Tetapi, adakah persahabatan memang akan kendur kerana jarak? Aku yakin inti persahabatam memang tidak akan rosak. Tetapi jarak dan tempat tidak berdusta, berpisah secara fizikal memang mampu meregangkan keintiman persahabatan kerana tidak lagi disiram pertemuan, gurau senda dan diskusi.

Bagi aku kami kini bagaikan pendekar kuil Shaolin yang baru turun dari gunung dan tersebar ke pelbagai penjuru mata angin bagi mengejar impian dan menjalankan misi hidup masing-masing. Entah bila kami akan bertemu lagi.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh syair Imam Syafie', "Merantaulah, kau akan dapat pengganti kerabat dan kawan. Bahkan Imam Syafie' menyuruh kita meninggalkan tempat lama, tempat kita hidup selesa menuju tempat yang penuh tanda tanya: tanah perantauan.

Sumber dari kata-kata nukilan A Fuadi - Ranah 3 Warna. 

Man jadda wa jadda!

2 comments:

Elixindora said...

sedih kan? bila kawan cm dah bukan kawan..yg baiknya, dapat kawan baru :)

almutarjimah said...

Sebenarnya kawan tak berubah pun. tapi terpaksa tunduk akur pada JARAK. Bukan salah manusia kerana itu memang aturan yang Allah tetapkan :)