Sunday, October 10, 2010

Budaya Peniaga Malaysia

Nampaknya betullah cakap pensyarah aku, peniaga di Malaysia ni perlu ubah sikap. Tak salah kalau nak beramah mesra dengan pelanggan tapi ada hadnya. Masing-masing ada lingkungan peribadi (personal space).

Macam tadi aku pergi keluar makan di Ivory sorang-sorang. Bukan benda yang pelik bagi aku untuk keluar tak berteman sebab aku dah terbiasa hidup berdikari. Masa aku dah makan separuh nasi goreng tu tiba-tiba pekerja kedai makan tu (lelaki berusia 20-an) tegur,

L: Sorang je ke?
Aku: (terkedu sebab masa tu tengah mengunyah)...
L: Kawan tak mai sekali ke?
Aku: Haa...ye sorang je. (masih berupaya untuk senyum kang dikata sombong pulak)
L: Ooo...kesiannya tak pa takpa saya boleh teman.
Aku: (Hanya senyum kambing)

...beberapa minit kemudian...

Pekerja tu betul-betul datang duduk dekat meja aku. Aku berhenti makan bagi renungan pelik kat dia.

L: Takpa takpa makan makan.
Aku: (Tak bagi apa-apa respond, terus makan macam biasa. Tak cakap sepatah pun.)

Rasanya pekerja tu perasan aku tak selesa dia terus blah pergi tengok tv kat meja lain.

Tak salah kalau nak mesra dengan pelanggan bukan? Tapi ada batasnya. Batas yang paling jelas, batas dari mata Yang Maha Melihat kan... dah lah pekerja tu lelaki, aku pulak sorang je perempuan. Kalau pekerja tu perempuan mungkin aku boleh terima.

Satu lagi insiden yang aku rasa peniaga di Malaysia perlu ubah ialah peniaga mesti hormati pelanggan. Lagi contoh di kedai makan (nak buat macam mana...duduk kat hostel mana ada dapur kan ).

Aku tengah makan di kafeteria hostel sorang-sorang jugak. Sebelah meja aku kosong. Tak lama selepas tu datang tauke kedai air hempas kotak penuh dengan air mineral atas meja kosong yang sebelah meja aku. Maunya tak terkejut?! Tauke tu pula buat muka tak bersalah.

Mungkin bagi anda yang membaca perkara ni kecil je, tapi inilah yang aku katakan sebagai ETIKA berniaga. Sila ambil perhatian jika anda peniaga atau bakal meniaga.

Majulah peniaga untuk negara.

No comments: