Showing posts with label think. Show all posts
Showing posts with label think. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Susahnya menjadi seorang perempuan

Aku rasa (secara peribadi) perempuan paling banyak ujian.

Perempuan selalu diuji Allah.
Masa zaman jahiliah dulu orang anggap perempuan cuma 'alat' 
Perempuan ditindas, hina, murah, 
Bila Islam datang nilai perempuan melambung naik.
Tapi bila dah lama-lama,
Datang pulak rungutan lain.

Kan dah kata tadi,
Perempuan paling banyak diuji.
Antaranya,
Aurat,
Kena pakai tudung,
Baju seluar kena labuh,
Hanya suami berhak tentukan perceraian,
Lelaki boleh kahwin 4 perempuan tak boleh,
Isteri wajib patuh pada suami,
Tak boleh nak make-up lebih-lebih,
Tak boleh pakai baju bergaya macam Tyra Banks,
Setiap bulan terpaksa tanggung sakit premenstrual [berguling-guling tahan sakit T__T]
Kena usung anak dalam perut 9 bulan,
Lepas penat usung 9 bulan kena tahan sakit bersalin pulak,
Macam-macam lagi lah!
Betul tak?

Alhamdulillah,
Ada yang tahan, sabar dan yakin 
Ada juga yang tentang habis-habis 

Tapi pada aku,
Ini semua ujian 
Hak perempuan di dunia mungkin tak sebebas lelaki,
Tapi ini semua ujian.
Mesti ada yang kata tak rasa boleh lah cakap,
Tapi kita lahir sebagai perempuan kena kuat walaupun zahirnya lemah.
Ada yang kata Allah tak adil,
Allah yang lahirkan perempuan dengan perasaan ingin berhias cantik-cantik,
Jadi apa salah aku nak tunjuk kecantikan demi kepuasan diri sendiri?

Aku cuma boleh cakap,
Ini semua ujian.
Tipulah kalau kata tak ada seorang perempuan pun yang tak nak berhias cantik in public,
Mesti ada,
Tapi ingat,
Itu semua ujian.
Ujian kita berat tak macam lelaki,
Mungkin nampak remeh,
Tapi hakikatnya Allah sayang kita lebih dari apa pun.
Kenapa?
Sebab kita perempuan.

Daripada aku yang bukan lulusan agama, syariah dan yang sewaktu dengannya.

Sunday, October 10, 2010

Budaya Peniaga Malaysia

Nampaknya betullah cakap pensyarah aku, peniaga di Malaysia ni perlu ubah sikap. Tak salah kalau nak beramah mesra dengan pelanggan tapi ada hadnya. Masing-masing ada lingkungan peribadi (personal space).

Macam tadi aku pergi keluar makan di Ivory sorang-sorang. Bukan benda yang pelik bagi aku untuk keluar tak berteman sebab aku dah terbiasa hidup berdikari. Masa aku dah makan separuh nasi goreng tu tiba-tiba pekerja kedai makan tu (lelaki berusia 20-an) tegur,

L: Sorang je ke?
Aku: (terkedu sebab masa tu tengah mengunyah)...
L: Kawan tak mai sekali ke?
Aku: Haa...ye sorang je. (masih berupaya untuk senyum kang dikata sombong pulak)
L: Ooo...kesiannya tak pa takpa saya boleh teman.
Aku: (Hanya senyum kambing)

...beberapa minit kemudian...

Pekerja tu betul-betul datang duduk dekat meja aku. Aku berhenti makan bagi renungan pelik kat dia.

L: Takpa takpa makan makan.
Aku: (Tak bagi apa-apa respond, terus makan macam biasa. Tak cakap sepatah pun.)

Rasanya pekerja tu perasan aku tak selesa dia terus blah pergi tengok tv kat meja lain.

Tak salah kalau nak mesra dengan pelanggan bukan? Tapi ada batasnya. Batas yang paling jelas, batas dari mata Yang Maha Melihat kan... dah lah pekerja tu lelaki, aku pulak sorang je perempuan. Kalau pekerja tu perempuan mungkin aku boleh terima.

Satu lagi insiden yang aku rasa peniaga di Malaysia perlu ubah ialah peniaga mesti hormati pelanggan. Lagi contoh di kedai makan (nak buat macam mana...duduk kat hostel mana ada dapur kan ).

Aku tengah makan di kafeteria hostel sorang-sorang jugak. Sebelah meja aku kosong. Tak lama selepas tu datang tauke kedai air hempas kotak penuh dengan air mineral atas meja kosong yang sebelah meja aku. Maunya tak terkejut?! Tauke tu pula buat muka tak bersalah.

Mungkin bagi anda yang membaca perkara ni kecil je, tapi inilah yang aku katakan sebagai ETIKA berniaga. Sila ambil perhatian jika anda peniaga atau bakal meniaga.

Majulah peniaga untuk negara.

Thursday, October 7, 2010

Harga

Harga...biasanya diletakkan bersama2 dengan barang. Tapi, mungkin ada yang tak sedar kita selalu letak harga pada orang (saya bukan bercakap tentang pemerdagangan manusia). Kenapa?

Kalau kita pergi majlis formal di sekolah misalnya, mesti akan dengar ayat2 seperti:
-..."dijemput Tuan Pengetua untuk memberi penghargaan kepada..."

...haaa perasan tak?

Pengzahiran emosi akan di"harga"kan dalam konteks budaya bahasa Melayu. Jadi saya ulang balik soalan. Kenapa?

Jujurnya...saya pun kurang pasti kenapa. Tapi ini dia hipotesis saya:
#1 Material dilihat atau dinilai tinggi pada kaca mata orang2 Melayu sebab dulu2 sukar untuk kita miliki semuanya. Bukan maksud saya orang Melayu materialistik, tapi material akan dijaga, dihargai (appreciate) sebaik mungkin kerana kita tahu kepayahan untuk memilikinya. Jadi, 'penghargaan' kepada seseorang cukuplah untuk dikiaskan sebagai sesuatu yang amat2 bernilai bukan pada harga, tapi pada tulus hati yang memberi nilainya.


'Harga' kan persahabatan, pertalian dengan nilai dihati anda bukan nilai mata wang poketnya.

Thursday, August 19, 2010

Because words are more than words

I first found this quote behind somebody's back. Now now don't misunderstood I found it printed on someone's t-shirt lol. Luckily he didn't notice I spend for almost 2 minutes staring trying so hard to memorize those meaningful words.

So here it is, read think and learnt...

"Watch your thoughts for they will become  words,
Watch your words for they will become actions,
Watch your action for they will become habits,
Watch your habits for they will become your destiny."