Fitrah manusia memang pelupa, kadang-kadang sesat jalan, berjalan merayau jauh sangat sampai terlupa nak balik rumah. Bila dah lama tak balik rumah, kita jadi penat, tak bermaya, tak ada lagi rasa seronoknya jalan jauh-jauh. Begitu juga dengan hati.
Hati kita halus, dia tak mungkin dapat bertahan kalau tak dibawa pulang ke rumah sekali sekala. Masa ini lah kita perlu overhaul hati. Macam mana? Bawa pulang hati kita ke asalnya. Kepada Penciptanya yang Maha Halus.
Overhaul HATI:-
1) Baca Quran dan maknanya
2) Bersolatlah disepertiga malam
3) Berkumpullah dengan orang2 soleh
4) Perbanyakkan berpuasa
5) Zikir
Saya syorkan zikir salah satu nama Allah iaitu YA LATIF...Banyak khasiatnya untuk hati InshaAllah.
No comments:
Post a Comment