Monday, June 20, 2011
Rompakan tidak bersenjata dan penyesalan perompaknya
Buat kali pertamanya, aku rasa bersalah amat. Aku rasa sangat berdosa. Ini kali pertama aku merasa berdosa ketika membaca. Ini kali pertama aku merasa sangat berdosa ketika membaca e-book. Buku eletronik yang percuma, hanya perlu menunggu dalam kadar 10 minit kurang atau lebih untuk siap dimuat turun. Membaca cerita yang baru dimuat turun tadi buat aku merasa berdosa kerana telah melakukan rompakan atas karyanya. Karya master piece yang harganya di pasaran buku Malaysia bukan setanding RM28 tapi sebenarnya tiada sepeser mahupun setrillion ringgit yang setanding dengan karya ini. Pengamatan bertahun-tahun si penulis sejak dari kecilnya membawa ke dewasa ini mungkin salah satu faktor kenapa aku merasa seperti si penjenayah Josh Soros yang menggelapkan nilai matawang dunia, malah mungkin seperti Adolf Hitler yang membunuh tidak kurang 6 juta umat Yahudi itu. Ahh maafkan aku. Esok aku bersumpah, akan cari bukunya yang asli di pekan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
buku ape bell? na bace gak..
Post a Comment