Masa kecil dulu saya pernah 'merajuk' dengan Allah, sebab Dia tak panjangkan umur Nabi Muhammad s.a.w supaya saya sekurang-kurangnya dapat tatap wajah baginda dalam gambar. Setiap kali kelas sirah saya kerap kali mencebik bibir bila membayangkan para sahabat yang sangat beruntung dapat hidup berjuang dengan Rasulullah ketika itu.
"Ya Allah, untungnya Abu Bakar dapat jadi sahabat karib nabi. Boleh makan setalam dengan nabi lagi." Pernah saya kata begitu berulang kali. Sungguh, saya cemburu dengan orang yang sezaman dengan nabi. Malah, saya turut cemburu dengan musuh Islam kerana sekurang-kurangnya mereka dapat lihat wajah manusia agung itu (walaupun hati mereka sekeras batu menafikan).
"Untungnya orang yang hidup dulu...ramai yang masuk syurga senang-senang je sebab Rasulullah selalu ada dengan diorang."
Apabila saya berkata begitu dulu, baru saya sedar cemburu saya semakin kronik. Rajuk saya dengan Allah makin dalam. "Tak aci !" kata hati kecil saya ketika itu. Agaknya Allah sengaja biarkan saya tertanya-tanya sebegitu lama. Hingga akhhirnya Allah pujuk semula dengan menakdirkan saya membaca suatu cerita dalam satu ruangan kecil dalam surat khabar.
":Tahukah kalian siapa yang paling mulia bagiku?" tanya baginda kepada para sahabat.
"Tentu sekali para nabi yang terdahulu mulia, meraka kan maksum dan dijanjikan syurga oleh Allah," jawab sebilangan besar sahabt.
"Ya, para nabi memang mulia. Tapi ada lagi yang lebih mulia."
"Kalai begitu, malaikatlah yang lebih mulia. Mereka tidak pernah sekalipun lalai, mereka sentiasa patuh kepada Allah. Maka tentu sekali mereka lebih mulia," jawab para sahabat.
"Ya, para malaikat memang mulia. Tapi ada lagi yang lebih mulia," kata baginda.
Para sahabat terpinga-pinga, " Kalu begitu ya Rasulullah, siapakah yang paling mulia bagimu?"
"Yang paling mulia bagiku ialah orang-orang beriman yang mencintaiku tetapi tidak pernah melihat wajahku, tidak pernah mendengar suaraku.Bibir mereka sentiasa menyebut namaku. Mereka itu lahir selepas kewafatanku," begitu penjelasan Rasulullah.
Nah, disaat membaca ayat terakhir itu saya tersenyum. Hati saya puas. "Terima kasih ye Allah," jerit saya dalam hati.Dari saat itu saya tidak lagi merungut dengan Allah lewat doa selepas solat kerana saya tahu bahawa...
MANUSIA AGUNG ITU MENCINTAI SAYA.
No comments:
Post a Comment