Tuesday, December 6, 2011

Akan bertugas

Fuh! Akhirny, 10haribulan ni akan mula bertugas dekat pejabat penghulu untuk 4hari (mungkin). Lepas tu akan bermula lah kerja mengadap skrin komputer lebih 8jam sehari. Haaa ambil kau! dulu merungut sangat tak ada kerja. Tapi aku terima dengan terbuka sebab at least aku tak jadi minah saja yang makan gaji buta.

Semalam ada taklimat tentang projek bantuan rakyat ni tapi last2 minitu boleh pula pihak SUK batalkan kawasan pejabat bertugas pegawai2 penaksiran. Seperti yang diduga tangan kotor politik mesti masuk campur punya.Haihhh di mana keikhlasan wakil-wakil rakyat ni? Niat dah baik, insyaAllah dah dapat pahala tapi perlukah dikotorkan sampai macam ni?

**********************************************************


Takabur.

Takabur ni rupa-rupanya datang dalam bentuk yang sangat halus ditiup-tiup syaitan dalam jiwa manusia. Sangat halus sampaikan bila kita ingat kita buat benda baik rupanya niat atau perasaan takabur tu dah berakar umbi dalam jiwa. Susah nak diterangkan sebab aku pun bukan pakar.

Tapi sekadar contoh, ada rakan FB kita yang tulis status seperti

"Azan maghrib dah dekat, kepada yang tak puasa (sempena 9/10 Muharram) lekas-lekaslah wudhu' untuk solat. Kepada yang puasa jom kita makan dulu."

Bagi sesetengah orang mungkin akan anggap benda ni biasa. Tapi bagi sesetengah orang lain pula mungkin akan cakap yang menulis status ni seolah-olah nak bagitahu satu dunia dia berpuasa. Aku sendiri kadang-kadang rasa macam ni biasalah manusia. Ada orang lain pula cakap perkara macam ni takabur ibadah, membangga-banggakan ibadah yang dia buat dan orang lain tak buat.

Bila difikir-fikir betul juga, kita manusia biasa yang serba-serbi khilaf ni, rasa bangga bila dapat buat sesuatu yang orang lain tak dapat/ mampu buat. Jadi, tak mustahillah kita mungkin akan rasa bangga terhadap ibadah kita. Seolah-olah mahu orang lain cakap, "wah... bagus dia ni selalu puasa sunat/ solat tahajud/ solat sunat lain-lain." Tapi ini semua cuma teori aku sendiri ye harap maklum tentang apa yang aku tulis. Ini cuma pendapat yang boleh dikritis dan dikritik.

******************8***************************************************

Persepsi sayaa terhadap LHDN khusus untuk cawangan Teluk Intan kini berubah. Rupa-rupanya LHDN Teluk Intan ni jabatan kerajaan yang paling berdisiplin berbanding jabatan kerajaan lain di sini. Strict sungguh, memang tak ada yang boleh senang-senang makan gaji buta.

Peace.

3 comments:

Malay-Kadazan girl said...

Selamat bertugas!

marinahunny said...

selamat bekerja.. ;)

almutarjimah said...

Terima kasih kak Diana dan kak Maria! Entah macam manalah bila berhadapan dengan orang ramai nanti.