18-09-2010 2:05 PM
CLUB CLS - Seat 6E
Perjalanan: Teluk Intan - Butterworth
Trip ID: XTW129
Begitulah yang tertera pada tiket bas aku. Perjalanan yang akan dikenang sebab itu perjalanan dari kampung ke Butterworth terakhir untuk cuti raya. Dah tahun akhir la katakan, nampaknya kali ni bukan aku sorang je budak USM dari Teluk sebab hampir separuh pelajar USM ada dalam tu...siap menyembang sakan walaupun tak tau nama :)
Sampai di Butterworth, bayar tiket feri RM1.20, tunggu feri 15 minit, naik+usha orang+tengok jambatan Penang+tengok awan+tengok laut(memang la tengok laut) dan macam-macam lagi aku buat untuk membunuh masa senggang tu. Angin tak payah cakap memang sepoi-sepoi dah la baru lepas hujan sejuk wei.
20 minit +/- aku dah sampai Georgetown...panjang ceritanya huhu takpe aku pendekkan. Naik bas Rapid U302 bayar RM2, sampai bilik pukul 7.25.
Maka disebabkan perut lapar, keluarlah makan dengan Nik dan Eza (dah takde muka lain memang dua ni je). Jalan punya jalan sekali kedai makan Melayu SEMUA tutup beb. Yang buka kedai mamak dengan arab je. Nak tak nak makan jela kat kedai mamak lai pun memang dah lama tak lepak situ. Lepas kenyang, buncit mulalah malas nak jalan...(dan aku pun mulalah malas nak menulis hehe)
Sebelum aku dengan Eza balik bilik kami lepak atau lebih tepat baring atas rumput tepi padang kawad dalam gelap. Aku pandang langit, aku pandang awan, aku lihat bulan, aku lihat dedaunan dan angin pun bertiup...
Perjalanan yang indah setakat ini.
6 comments:
uuh best tu baring atas rumput tgk langit..dulu slalu buat kat pantai masa musim bulan cerah..last2 nagntuk..hahaha
mula buat perangai tak senonoh ni tahun lepas masa tu suhu dunia mencanak naik hehe
hey geng teluk anson..hahaha..katner tuh?
cimot, ko duduk t.i jugak ke? aku duk kat langkap.
bley la wat gedering bloggers perak...... he he......
ada rezeki, ada jodoh bolehlah hehe
Post a Comment