...aku mulakan jurnal ini tanggal 9 Ramadhan 1431H/ 19 Ogos 2010 ketika azan Isya' sayup-sayup merdu berdendang mengajak manusia dan jin menunaikan solat dan menuju kejayaan.
Alhamdulillah, terbuka juga hijab akal untuk memulakan sesuatu yang baru walaupun hati pasti rindu pada yang lama. Pelbagai dugaan yang sememangnya pasti bagi tiap makhluk 'berziarah' juga menemuiku. Hati hamba yang selemah seperti aku tentu sekali merasa terpukul tapi, akal segera mengingatkan setiap dugaan ada kemanisannya. Jadi, bersabarlah wahai hati.
Masih belum memutuskan sama ada jurnal ini akan ditutup untuk bacaan aku sahaja atau mungkin terbuka untuk bacaan orang ramai. Moga Allah beri lagi petunjuk.
No comments:
Post a Comment