Sunday, July 29, 2012

Happy birthday The Talking Words

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan ke 9, dan ramadhan ke 9 tahun ini ialah tahun ke 3 The Talking Words lahir. Masih segar lagi dalam ingatan betapa jiwa saya 9 Ramadhan tahun 2010 yang lalu agak kacau.  Masa tu masih di USM semester pertama tahun akhir, hidup seorang diri-tiada rakan sebilik, saya tak ada kawan untuk luahkan perasaan. Lagipun saya bukan jenis yang suka meluahkan, saya lebih banyak mendengar luahan orang lain. Jadi di blog inilah altenatifnya untuk saya.

3 tahun... tempoh yang panjang bagi sesetengah orang. Tapi bagi saya 3 tahun itu hampir ibarat pejam buka mata saja. Sudah macam-macam terjadi sepanjang 3 tahun ini, mencari ilmu di universiti, mencari dan membina diri di negeri orang, merantau jauh dari kampung, mengutip pengalaman termahal melalui kerja sebagai pembantu bilik jahit dan sulaman walau dengna gaji yang kecil, berpuasa semasa bekerja dengan kudrat yang juga sedikit, bergraduasi, cari pengalaman bekerja pula di agensi kerajaan yang saya kira terbaik di Malaysia, mengenal kawan baru yang datang silih berganti, dan kini berniaga dengan bekas rakan2 sekerja.

3 tahun yang penuh sepak terajang kehidupan, jatuh bangun, luka, tawa, semua itu masih dilalui kerana saya tahu saya akan sentiasa di uji Allah.

3 tahun yang ada naik turunnya... macam graf prestasi page Facebook perniagaan bistro saya - NutRICHion

#1 Masa zaman kenaikan...


#2 Waktu jatuh...


 #3 Bangun semula...


Alhamdulillah setakat 3 tahun,3 kali Ramadhan ini, hidup saya penuh dengan warna, penuh dengan lagu rnb, soul, rock, jazz, lagu jiwa :) Jatuh bangun, luka dan suka yang amat berharga. Moga Allah masih sudi beri saya peluang untuk bertemu Ramadhan ke 4 bersama The Talking Words. Terima kasih kerana masih sudi membaca.

Erti Hidup Pada Memberi


Saturday, July 21, 2012

Subhanallah Perfect!

Some few days ago hujan turun lebat waktu petang in Teluk Intan. So it rained about two hours or so and then it completely stop at about 5. After closing the bistro I as usual get on my bike to embark another journey back home 22 kilometers away. I first notice the air was so sweet that evening, and after 15 minutes ride guess what I saw?

I saw or should I say, I witnessed these... 


And these...!




One perfect rainbow! plus one beautiful sunset! Subhanallah... :) These makes me smile the whole way back home.


Saturday, July 14, 2012

I am blessed!

Alhamdulillah... aku masih hidup hari ini.

These few days my body just drained out. I need more Duracell. Thanks Allah rezeki came in at the time when we needed the most. Numbers of customers had attacked our bistro NutRICHion (click) non-stop that we have no time to even sit and have our lunch.

So, here I am today lazing around in bed. We take the weekends off to recharge our energy, but seriously I think I need more than lazing in bed. I desperately need a body massage or at least a foot massage.

Guys...any tips for body refreshing? I've tried bathing at 3 in the morning it work...for a little while. Have a great relaxing weekend readers!

p/s do like my bistro page, NutRICHion (click) on Facebook

Sunday, July 8, 2012

Listen to your heart

Alhamdulillah. dah lebih 3 minggu bistro NutRICHion beroperasi. Sambutan amat menggalakkan walaupun promosi kurang hingga ada yang telefon kami tanya kedudukan kedai sebab pusing-pusing satu bandar tak jumpa. Maaf saya ucapkan kepada akak tersebut, semoga akak dah jumpa kedai kami.

Kadang-kadang bila rewind balik, rasa macam tak percaya saya sekarang dah masuk dalam golongan 'bekerja sendiri' dan tidak lagi makan gaji. Tak semua kawan-kawan saya tahu tentang 'aktiviti' saya sekarang yang jadualnya dah macam burung. Keluar sarang awal pagi balik sarang lewat petang. Ada juga yang bertanya tak penat ke? Macam mana boleh terjebak masuk bidang perniagaan masakan pula tu? Ada ramai sahabat yang bagi dorongan, sokongan moral dan bagi saya dorongan mereka inilah yang paling saya dambakan. Ada juga yang tak berapa nak sokong, "Hmmm buka bistro kat area sini tak laku..", "Tak cuba cari kerja lain ke? Tak nak cuba kerja kerajaan?" dan lain-lain lagilah. Ini baru respond kawan-kawan, belum saudara-mara yang bakal saya tempuh menjelang Aidilfitri nanti.

Bagi soalan pertama, jawapannya cukup mudah. Bila anda buat benda yang anda suka, buatlah seribu kali dengan penuh susah payah, anda tetap akan puas hati dan automatik penat itu hilang dengan sendirinya.

Soalan kedua, jawapan saya untuk anda...Saya berniaga dengan satu matlamat iaitu menambah nilai dalam hidup orang lain. Dalam kes saya, kami tubuhkan bistro ini supaya orang Muslim dapat makan makanan yang 100% halal tanpa ragu-ragu sumber bahan mentah yang digunakan. Jadi matlamat kami disini untuk memudahkan hidup orang lain tercapai. Itu sahaja.

Pagi tadi sebelum keluar berniaga, saya sambung bacaan terbaru saya, Minda Jutawan Gaya Trump karya Nazri Kadir dan Shah Kadir dalam sub topik Buat Apa Yang Kita Suka. Berikut ialah ringkasan daripada pembacaan saya.
Setiap detik hidup kita ini amat bermakna. Karier yang kita pilih hari ini mungkin cuma dipandang sebelah mata je oleh orang lain mahupun oleh keluarga sendiri. Tapi teruskanlah apa yang kita minat asalkan minat kita tu selari dengan syariat dan yang paling penting, kita peroleh kebebasan kewangan. 
Jika kita cinta apa yang kita kerjakan, kekayaan akan semakin dekat, keazaman akan semakin tinggi, kita akan sentiasa bersemangat dalam keadaan yang menggembirakan. Kita pergi bekerja sambil menebarkan seri, aroma dan aura kekayaan kepada orang lain hinggakan orang lain mendoakan kekayaan kita secara tak langsung.
Kalau bekerja sendiri kita tak akan merungut dan jadi 'epal busuk' di tempat kerja. Kita tak akan buat perkara negatif macam mengumpat majikan atau merungut. Kita akan sentiasa berlapang dada dengan rezeki yang Allah bagi walaupun tak besar. Tahu kenapa? Sebab Allah akan kurniakan kebaikan kalau minda kita sentiasa bersyukur, positif dan percaya dengan yakin akan rezeki yang Allah janjikan.

Inilah antara manfaat yang saya dapat setakat ni. Walaupun hasil sale masih belum banyak sebab modal keluar pun tak banyak :D tapi saya yakin, besar atau kecil itu semua rezeki yang wajib saya syukuri. Jadi tunggu apa lagi? Dengarlah kata hati anda. Anda kaya dan berjaya!

p/s Ada pula yang bertanya kenapa saya beria-ia nak kejar kekayaan? Setakat ini hanya mampu tersenyum, ada kesempatan saya akan cerita kenapa kita perlu kaya. Ini bukan MLM, Allah itu adil kita je yang pilih untuk miskin.