Saksikanlah Tuhanku...sesungguhnya aku telah berusaha.
Mungkin masih beum cukup dimataMu,
Tapi setakat ini, itu yang mampu aku berikan.
Maka Tuhanku, aku kini hanya mampu bertawakkal dan berdoa padaMu.
Peluklah mimpi-mimpiku.
Monday, July 25, 2011
Friday, July 15, 2011
Penafian satu kebenaran: Berkata benarlah walaupun pahit
Aku yakin semua kawanku sibuk mengejar impian masing-masing, sibuk dengan perantauan masing-masing.
Tetapi, adakah persahabatan memang akan kendur kerana jarak? Aku yakin inti persahabatam memang tidak akan rosak. Tetapi jarak dan tempat tidak berdusta, berpisah secara fizikal memang mampu meregangkan keintiman persahabatan kerana tidak lagi disiram pertemuan, gurau senda dan diskusi.
Bagi aku kami kini bagaikan pendekar kuil Shaolin yang baru turun dari gunung dan tersebar ke pelbagai penjuru mata angin bagi mengejar impian dan menjalankan misi hidup masing-masing. Entah bila kami akan bertemu lagi.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh syair Imam Syafie', "Merantaulah, kau akan dapat pengganti kerabat dan kawan. Bahkan Imam Syafie' menyuruh kita meninggalkan tempat lama, tempat kita hidup selesa menuju tempat yang penuh tanda tanya: tanah perantauan.
Sumber dari kata-kata nukilan A Fuadi - Ranah 3 Warna.
Man jadda wa jadda!
Man jadda wa jadda!
Friday, July 8, 2011
Baru balik dari merayap..again. Blog terabai, FB kena tinggal, emel tak balas, mesej di telefon pun tak dapat nak terima. Tak sangka hostel Restu USM tu tak dapat line satu bar pun. Dah lah berpenunggu, seram kawan aku dibuatnya.Kawan aku lah seram, aku tak hehe. Tapi masa naik tingkat 9 malam tu memang dah berdiri dah bulu tengkuk den.
Oh ya aku pergi Penang sebab ada bengkel penulisan skrip. Yang mengajar kami En. Martias Ali. Kesimpulannya? Jangan pandang rendah pada penulis skrip. Susah ooo nak buat. Tak ada skrip, pengarah tak ada, pelakon tak ada, penerbit lagi la...
Oh ya aku pergi Penang sebab ada bengkel penulisan skrip. Yang mengajar kami En. Martias Ali. Kesimpulannya? Jangan pandang rendah pada penulis skrip. Susah ooo nak buat. Tak ada skrip, pengarah tak ada, pelakon tak ada, penerbit lagi la...
Subscribe to:
Posts (Atom)